Thursday 29 March 2012

PRU-13 Tolak Pemimpin "GHAIRAH"

          Pilihan Raya Umum (PRU) ke13 akan berlaku tidak lama lagi. Bagi rakyat yang tiada kepentingan jawatan dalam parti ia tidak menjadi masalah, berlaku lah bila-bila masa pon, tapi bagi orang politik serta berjawatan semestinya satu masalah besar kerana ia melibatkan periuk nasi dan masa depan kerjaya nya. Bak Kata Pepatah " Kalau Tiada Taring Bagaimana Nak Mengigit"

Kali ini NaluriMalaysia ingin berkongsi pandangan tentang AHLI PARLIMEN yang dianggap tidak beradab, tidak berilmu, lupa diri, hujah pertanyaan merapu, dan emosi, membazirkan wang rakyat membayar gajinya serta akan mencalarkan kredibiliti parti yang diwakili antaranya ialah :

PERTAMA :
                                Mahfuz Omar (Ahli Parlimen Pokok Sena) PAS

          NaluriMalaysia pernah memaparkan cerita perangai serta keghairahan beliau pada minggu lepas sila baca penulisan yang lepas.NaluriMalaysia sekali lagi memaparkan putar belit beliau 




KEDUA :

                          Tajuddin Abdul Rahman (Ahli Parlimen Pasir Salak) BN

          NaluriMalaysia beranggapan beliau tidak sepatutnya di pilih atau mengetuai mana-mana kawasan parlimen, parti, pertubuhan, badan berkanun atau sebagainya kerana beliau tidak boleh berfikir secara rasional, beremosi, bersifat kebudak-budakkan serta tidak matang berhujah dalam negara demokrasi, paling teruk dan agak memalukan apabila beliau menggunakan perkataan kesat serta biadap di dalam dewan yang mulia, sepatutnya lagi berusia, bahasa lagi tinggi pekertinya. Oleh yang demikian NaluriMalaysia menganggap beliau tidak wajar di beri peluang untuk menjadi "Winnable Candidates" bagi mana-mana kawasan, NaluriMalaysia paparkan sidang dewan parlimen yang memalukan atas ucapan beliau.


KETIGA :


                                     Ibrahim Bin Ali (Ahli Parlimen Pasir Mas)

          NaluriMalaysia Malas Nak Menaip Atau Mengaibkan Orang Tetapi Bagi Membuka Minda-Minda Pengundi Terpaksa Jugak Memberitahu. Beliau tidak ubah seperti Tajuddin Abdul Rahman (Ahli Parlimen Pasir Salak), Beliau Perlu belajar adab-adab kesopanan dan kesusilaan bercakap apabila berada di dalam dewan rakyat, adakah pemimpin bergini yang akan membawa perubahan kepada Malaysia "Tepuk Dada Tanya Hati" bagi NaluriMalaysia tidak patut lagi beliau di beri peluang kerana akan membazir duit rakyat membayar gajinya.Cuba nilai persamaan beliau dengan Tajuddin Abdul Rahman.


          Oleh yang demikian NaluriMalaysia ingin menasihati mana-mana ADUN atau Ahli Parlimen jangan terlalu "GHAIRAH" apabila anda menduduki kerusi ADUN atau PARLIMENT, rakyat sekarang semakin hari semakin terdedah dengan media masa serta mampu menilai ANDA menerusi arus media yang sedia ada.Kalau Anda merasa diri ANDA belum bersedia dgn jawatan anda sekarang sila beri peluang kepada yang lain.

 INGAT PESANAN RASULULLAH SAW

"tiap-tiap perkataan anak adam adalah bencana baginya, tidak baginya (yakni tidak ada bermanfaat baginya) kecuali menyuruh dengan kebaikan dan melarang daripada kejahatan dan ingatlah kepada Allah SWT"









Wednesday 21 March 2012

Ahli Parlimen Yang Tidak Layak Dan Harus Di Tolak!!!

                                                   Dato' Mahfuz Omar
                                              Ahli Parlimen Pokok Sena

FAKTA!!! Anda Tengok Dan Anda Nilai Sendiri

KENAPA PERLU TOLAK MANUSIA SEPERTI INI?

        Semakin hari orang semakin mengenali sifat beliau yang merupakan TIN KOSONG, BUM BANG SANA!!! BUM BANG SINI!!! pendek kata GEBANG KUAT!!! setiap kali beliau buka mulut pasti akan mencritakan keburukkan pemimpin serta kawasan lain tanpa melihat keburukkan diri sendiri, Adakah beliau sentiasa menganggap dirinya yang terbaik??? kononya dia lah HERO "AMAN MAHRUF NAHI MUNGKAR" ??? JOM!!! kita mengenali kawasan yg dipimpin oleh beliau,

        HAKIKAT Sejak pemerintahan PAS di kedah, parlimen POKOK SENA telah menjadi salah satu SARANG MAKSIAT yang tumbuh bak cendawan, karaoke rimba di JABI, Bukit Pinang , Bukit Lada dan Pokok Sena, kedai mesin-mesin judi slot kuda 24jam boleh di dapati di setiap DUN serta pekan-pekan dalam kawasan parlimen Pokok Sena, Sarang terbesar judi ekor haram turun-temurun di Langgar, Bukit Pinang, Kebun 500 dan Pokok Sena di mana urus niaga di katakan jutaaan ringgit setiap hari, kasino rimba hampir di setiap kampung.

       Adakah ini imej yang di war-warkan oleh PAS khusunya parlimen Pokok Sena?

      Adakah beliau sibuk sehingga terlupa Pokok Sena adalah parlimen beliau?

      Adakah beliau tidak mengetahui apa yang buruk berlaku kawasan beliau?

      Inikah Pemimpin Yang Di cari oleh pengundi Pokok Sena?

      Adakah beliau mempunyai kelebihan suka bercakap kosong?

          Bagi Pendapat NALURIMALAYSIA wakil rakyat dari parlimen Pokok Sena GAGAL serta tidak mampu utk menjadi pemimpin yang di cari pengundi Pokok Sena kerana pandai bercakap dari buat kerja, mungkin beliau menganggap kerja wakil rakyat sekadar mewakili suara rakyat tapi beliau lupa untuk memberi khidmat tanggungjawap yang sepatutnya. Ini kah yang di cari untuk membawa perubahan kepada rakyat? niat serta agenda beliau sudah salah...harap beliau kembali kepada pangkal jalan, berhenti memperbodoh rakyat Pokok Sena serta Masyarakat Malaysia



TOLAK KEPIMPINAN YB LENA ATAU WAKIL RAKYAT HAPRAK KONONYA MEMBAWA PERUBAHAN KEPADA RAKYAT!!!

         

     





Tuesday 20 March 2012

4 GOLONGAN LELAKI YANG DIHERET OLEH WANITA KE NERAKA


FAKTA...

1. AYAHNYA....

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuan di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuan tidak menutup Aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberikan kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke Neraka Oleh anaknya.

2. SUAMINYA....
Apabila suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat,memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan Mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yang alim, solatnya tidak pernah bertangguh, puasanya tidak tinggal, maka dia akan turut diheret oleh isterinya bersama-sama ke dalam neraka.

3. ABANG-ABANGNYA....
Apabila ayahnya sudah tiada, bertanggungjawap menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya.Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiarkan melencong dari ajaran Islam, tunggulah heretan adiknya di akhirat kelak.

4. ANAK-ANAK LELAKINYA....
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram disisi Islam. Bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah,mengata dan sebagainya maka anak itu akan sisoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Maka nantikan heretan ibunya ke Neraka.

KEPADA SEMUA KAUM ADAM

Realiti Terjadi Di Negara 1Islam 1Melayu 1Malaysia

Baca la bila ada masa terluang....FAKTA
Specially dedicated to the (very hard-working) fathers and mothers.


"Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan ahli keluargamu
daripada api neraka, yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu berhala.
Di atasnya ada malaikat yang amat kasar lagi keras perlakuannya. Mereka
tidak mengengkari Allah apabila disuruh dan mereka tentu melaksanakan apa
yang diperintahkan" [al-Tahrim 66 : 6]


Kadang-kadang saya rasa tersinggung apabila permintaan saya tidak dihargai.
Saya bukan meminta kelebihan. Apa yang saya pohonkan ialah pada beberapa
kotak kosong di dalam diari bulanan saya, ia adalah masa saya untuk isteri
dan anak-anak.


"Bolehlah ustaz, janganlah macam itu. Anak hari-hari boleh jumpa. Kami
sudah tiada masa lain yang sesuai untuk menjemput ustaz. Harap ustaz dapat
pertimbangkan permintaan kami", kata seorang pemanggil yang menelefon saya.


Dialog seperti ini meletakkan saya pada situasi yang menjadikan saya serba
salah. Mengapakah masa seorang ustaz untuk anak-anaknya tidak dianggap
penting? Bukankah itu sesi beliau menunaikan kewajipan nafkah kasih sayang,
didikan dan perhatiannya kepada anak-anak. Semasa saya kecil, saya tinggal
di sebuah kawasan perumahan dan seawal usia 10 tahun, saya pernah membuat
kesimpulan bahawa budak-budak jahat pada masa itu, sama ada anak ustaz, tak
pun anak polis!


Alangkah prejudisnya saya semasa itu. Saya tidak faham bagaimana saya boleh
beranggapan sedemikian rupa. Mungkin kerana geram saya apabila basikal yang
ayah belikan, dibengkokkan oleh si Samseng Kampung Dusun, anak seorang
ustaz. Tetapi hari ini hati saya menjadi gundah semula. Terutamanya selepas
menerima maklum balas seperti dialog di atas.


Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan. Itulah peribahasa
Melayu yang amat menusuk perasaan saya. Ketika saya menaip artikel ini,
Saiful Islam dan Naurah sedang tidur nyenyak di depan saya. Memandang
mereka telah meretak hibakan hati saya.


"Maafkan Abi, wahai anak-anakku, Abi berdosa mengabaikan kalian", saya
sukar menahan hati dari bersedih.


Saya masih ingat, semasa saya di Ireland, usaha saya mendidik dan
membesarkan Saiful Islam, ternyata amat mudah. Malah saya setiap hari
memanjatkan syukur kepada Allah kerana Saiful Islam amat mudah untuk
diurus. Dengan tugas saya sebagai Imam, saya tidak keberatan untuk membawa
anak sulung saya ke masjid, saya baringkan di kepala sejadah dan matanya
berkelip-kelip melihat saya menyampaikan khutbah Jumaat.


Semasa itu, untuk saya menegurnya ketika dia melakukan kesalahan, caranya
amat mudah. Saya tunding jari, tanpa perlu membuka bicara, Saiful Islam
sudah menghamburkan air mata takutkan 'kemarahan' saya. Tidak dinafikan,
ketika itu mungkin usia anak saya baru setahun dua. Memang tidak susah
menjaganya. Tetapi apabila saya fikirkan, hari ini saya tetap saya yang
sama. Anak bertambah, usia mereka juga bertambah, tetapi mereka tetap
berayahkan ayah yang sama. Tetapi kenapa hari ini, fikiran saya selalu
kusut memikirkan mereka?


Ya, suasana di Ireland amat saya rindui. Saya duduk di negara Kuffar,
tetapi usaha mendidik anak memang mudah dan menggembirakan. Saya tidak
menyesal menjadi 'suri rumah' selama beberapa tahun. Saya bertugas secara
sambilan di beberapa masjid, menyambung pengajian Master secara distance
learning dengan The Open University, UK, dan sambil itu saya menjaga soal
makan minum, hal ehwal rumah tangga, dan Saiful Islam membesar di depan
mata.


Itu lebih baik, daripada saya bekerja sebagai kasyer di pasar raya,
kemudian semua gaji dibayar kepada nursery yang mencecah harga ratusan Euro
sebulan. Masakan tidak, semua nanny memegang Ijazah Early Childhood
Learning malah mahir pula dengan rawatan kecemasan Paedriatrik dan first
aid.


Namun saya gembira membesarkan anak dengan tangan saya sendiri. Isteri saya
sibuk bekerja di wad kecemasan hospital, shifnya tidak tentu siang malam.
Maka saya mengambil alih tugas di rumah. Setiap pagi saya mandikan anak,
menyalin bajunya, menggoreng kentang atau pasta kosong untuk sarapan. Saya
bermain bersamanya seketika, kemudian ke dapur memasak untuk makan tengah
hari. Saiful Islam tidur semula sekitar jam 11 dan saya naik ke bilik
ulangkaji untuk membuat assignment. Zohor kekadang di masjid, jika cuaca
baik. Tengah hari saya qailulah seketika, solat Asar dan kemudian membawa
Saiful Islam ke hospital untuk mengambil isteri saya dari tempat kerjanya,
pulang bersama sambil menghirup udara petang yang segar. Ketika di Naas,
kadang-kadang kami melencong ke belakang hospital bersama roti keras yang
saya bawa dari rumah, untuk memberi burung undan di tasik, makan petang
bersama kami. Saya mencampak roti ke tasik, Saiful Islam dan Umminya turut
sama.


Jika isteri saya oncall, saya akan ke hospital menghantar nasi dan lauk,
khususnya semasa isteri saya mengandung anak kedua kami, Naurah Sabihah.
Suasana ketika itu memang nyaman, fikiran saya tenang dan prolifik,
kegiatan kemasyarakatan banyak dan saya sanggup mengayuh mountain bike
selama 2 jam untuk memberi kuliah Tafsir Surah Yasin kepada adik-adik yang
tinggal di South Circular Road, Dublin.


Itulah suasana saya membesarkan anak ketika di Ireland. Memang hati kami
sunyi tidak mendengar laungan azan dari menara masjid bertahun lamanya.
Namun derita melihat laungan azan tidak diendahkan di Malaysia, lebih
menghiris rasa.


Hari ini saya sudah pulang ke Malaysia. Cabaran membesarkan anak-anak
semakin meruncing.


Semasa di Ireland, saya pernah berbual dengan isteri sambil merenung
daun-daun perang gugur di petang musim luruh.


"Abang rasa, kita hanya boleh tinggal di Ireland sampai usia anak kita
mencecah umur tadika. Apabila dia perlu bersekolah, kita harus pulang ke
Malaysia", saya meluahkan pandangan tentang perancangan masa depan kami.


Isteri saya mengangguk tanda setuju.


Saya berfikiran begitu kerana saya khuatir dengan Aqidah anak saya. Tentu
sahaja saya patut risau. Semasa bertugas sebagai Pengetua dan guru di
Belfast Islamic School, saya ada banyak pengalaman yang menakutkan. Selain
kisah di Belfast Zoo dan cerita evaluation test anak-anak murid kami, saya
juga tidak lupa kepada suatu insiden di sebuah pasar raya di Lisburn Road,
Belfast. Seorang anak muda bekerja sebagai kasyer di situ dan tag namanya
tertulis "OMER". Wajahnya ada iras Irish dan ada sedikit iras Asia. Apabila
ditanya sama ada beliau Muslim atau tidak, beliau termenung seketika dan
berkata, "my father is a Moslem!"


Aduh, adakah krisis identiti itu yang mahu saya risikokan kepada anak-anak
dengan menyekolahkan mereka di Ireland? Tentu sekali tidak.


Tetapi selepas pulang ke Malaysia, pandangan saya berubah sama sekali.
Kadang-kadang saya menangis sambil merenung jauh dari tingkap rumah kami,
"apakah selamat anakku membesar di Malaysia?"


Ya, semasa di Ireland, saya kira amat mudah untuk saya gariskan batas-batas
Iman dan Kufur kepada anak-anak.


"Jangan ikut perangai Spencer itu, dia bukan orang Islam!", saya boleh
menyebut begitu kepada Saiful Islam dan Naurah.


Apabila anak-anak pulang ke rumah, saya boleh berbicara dengan mudah bahawa
yang jahat itu bukan Islam, bagi mereka agama mereka, dan bagi kita Islam
yang satu. Garis hitam putih amat jelas.


Tetapi bagaimana di Malaysia? Spencer, Ah Meng, Ravin, Shahril, semuanya
lebih kurang sama. Perangai dan akhlak tidak banyak berbeza. Grey area
melebar luas. Nak dikatakan tidak Islam, dia Islam. Tetapi kelakuannya
tidak mencerminkan agama di kad pengenalannya. Habis, mudahkah saya
menerangkan semua ini kepada anak-anak? Saya tabik kepada rakan yang
sanggup menyekolahkan anak-anak di SRJK(C), walau pun terpaksa berulang ke
sekolah menghantar bekal makanan sendiri. Semuanya kerana mereka mahu
anak-anak membesar di dalam suatu suasana yang garis hitam dan putihnya
jelas. Mampukah saya begitu? Entahlah...


Lebih menyedihkan, sabar saya tidak seperti sabar saya semasa di Ireland.
Hari ini apabila anak-anak buat semak, ada kalanya macam mudah benar untuk
darah saya tersirap. Terutamanya apabila saya pulang ke rumah selepas dua
jam meredah lautan kereta. Syukurlah saya banyak berusaha membaca dan
belajar tentang topik-topik yang membina sikap pro aktif. Saya cuba menapis
setiap insiden, agar saya memberikan respond yang tepat dan bukannya marah
berbalas marah, geram berbalas geram, degil berbalas cubit dan sebagainya.


Saya sentiasa berasa malu apabila membaca kisah keluarga Stephen Covey.
Profesyennya sama seperti saya. Kami selalu out station untuk memberikan
training. Jadual kami ketat. Tetapi Stephen Covey, mempunyai 9 anak dan dia
tidak pernah terlepas daripada menghadiri majlis dan peristiwa yang penting
berkaitan dengan anak-anaknya. Bukan suatu yang mudah untuk seorang
American membesarkan 9 anak. Saya yang dua ini pun sudah pening kepala.


Sebab itu jugalah saya tidak suka memarahi anak-anak dengan tengking dan
leteran. Lagi banyak kita menengking, lagi cepatlah bisanya hilang. Saya
tidak percaya kepada pendekatan marah sebagai teknik default menegur
kesalahan anak. Berapa ramai yang menjadi baik hasil siri marah di
sepanjang usia membesarnya? Apa yang pasti, anak yang selalu dimarahi akan
menjadi pemarah dan kemudiannya bakal memarahi anak-anaknya pula suatu hari
nanti. Ingat, anak kita mungkin gagal mengikut kata-kata kita, tetapi
mereka tidak akan gagal meniru perangai dan tingkah laku kita sebagai ibu
dan bapa. Jika anak kita buruk kelakuan, jangan cari sebab yang jauh.
Anak-anak adalah cermin wajah ibu dan bapa mereka.


Ya memang marah itu perlu, tetapi ia bukan pendekatan harian saya. Saya
lebih suka bercakap dengan anak-anak dan cuba memahamkan mereka kenapa
satu-satu perbuatan itu betul atau salah. Jika Saiful Islam naik angin,
saya akan tangkap dia dan mandikan agar 'sejuk', kemudian saya ke bawanya
ke bilik dan kami berdialog.


Biar pun soalan anak-anak bertali arus dan kekadang berpusing ke belakang,
saya sentiasa setia melayan. Rasa marah atau letih, rasa mengantuk atau
sengal badan, semuanya diketepikan dan saya mesti mendengar isi bualan yang
ingin dikongsi oleh Saiful Islam dan kini Naurah juga. Biar pun isunya
hanya soal kad Grandsazer dan Kamen Rider. Itulah wasilah saya mendengar
dan menunjukkan kasih kepada anak-anak.


Namun punca sebenar yang menjadikan saya tidak tergamak untuk memarahi anak
saya, ialah kerana saya rasa berdosa kepada Allah terhadap mereka. Malah
kesalahan anak-anak saya yang belum mumayyiz dan tidak aqil baligh ini
kepada saya dan ibu mereka, tidak terbanding dengan dosa saya dan isteri
terhadap mereka.


Masakan tidak. Saya telah memilih isteri yang solehah dan sebahagian
cita-cita saya, agar akhlak mahmudah isteri akan tumpah kepada anak-anak
suatu hari ini. Saya percaya, ramai dari kalangan kita yang melakukan
perkara yang sama. Pendidikan anak-anak bermula dengan memilih ibu yang
baik untuk mereka.


Tetapi tumpahkah solehah isteri kepada anak-anak? Turunkah baik saya kepada
anak-anak? Sukar untuk menjawab soalan ini kerana orang sebenar yang
membesarkan anak-anak hari ini, adalah guru di tadika atau pembantu rumah
Indonesia. Alhamdulillah jika yang Indonesia itu orangnya baik, bersolat
dan menjaga batas-batas agama. Bagaimana dengan yang berpembantu rumah
seorang penyembah berhala dari Myanmar, Thailand atau Filipina.


Kita berjumpa dengan anak-anak ketika kita sudah letih. Kita sudah hilang
seri di wajah dan jiwa malah bahasa. Anak-anak juga sudah mengantuk ketika
saya sampai di pintu menanggalkan kasut. Bilakah masanya kita menumpahkan
akhlak mahmudah kita kepada anak-anak?


Isteri solehah, tapi yang membesarkan anak-anak adalah pembantu rumah, guru
nursery, dan entah siapa lagi. Ibu dan ayah di mana? Jawapannya mudah
sahaja, SIBUK BEKERJA.


Janganlah disangka kita sudah menjadi ibu dan bapa yang baik hanya kerana
makan pakai anak-anak sudah cukup. Itu hanya taraf lembu membesarkan
anak-anaknya. Ibu bapa manusia ada tanggungjawab yang lebih besar dari itu.
Soal makan, minum, pakaian, perlindungan, pendidikan, makanan emosi dan
spiritual, semuanya mesti diharmonikan bersama bekalan yang tidak
putus-putus. Apa yang paling utama adalah soal jumlah masa yang kita
luangkan bersama mereka. Sudah cukupkah untuk meyakinkan mereka, bahawa
kita benar-benar kasihkan mereka?


Tetapi zaman ini, zaman membesarkan anak-anak diswastakan kepada pihak
lain. Kita sibuk bekerja dan kerja tidak pernah habis. Anak buat perangai
mungkin semata-mata atas dorongannya untuk mencuri perhatian kita.


Ingatlah, dalam suasana kita hari ini, dosa ibu dan bapa terhadap
anak-anak, lebih besar berbanding kesalahan mereka kepada kita. Insaflah
wahai ibu dan bapa, jangan mudah melenting, sebelum cukup kasih diberi.


Seandainya saya memohon kotak kosong itu kekal dikosongkan, janganlah heret
saya ke suasana yang menjadikan saya tersepit. Saya ada tanggungjawab
kepada anak-anak, anda juga sama. Anak-anak dan isteri saya, adalah mad'u
pertama saya.


Jika kita dalam perjalanan pulang dari KL ke Ipoh, kita singgah di Tapah
untuk Solat dan makan. Kemudian kita meneruskan perjalanan ke Ipoh. Tetapi
selepas 15 minit memandu, baru kita tersedar yang salah seorang anak kita
tiada. Ketika itu kita kelam kabut mencari U-Turn dan mulut tidak
henti-henti berdoa agar anak yang tertinggal di belakang, selamat dan tiada
mudarat.


Ya, jika kita tercicir anak di perjalanan dunia, kita ada jalan untuk
berpatah balik menyelamatkan keadaan. Tetapi berapa ramai ustaz, doktor,
polis, jurutera, pegawai bank dan kita-kita semua yang ketika dalam
perjalanan memanjat tangga kenaikan pangkat, kita tertinggal isteri dan
anak-anak di belakang. Jika lebuh raya kita boleh berpatah balik. Tetapi
jika mereka ditinggalkan dari Tarbiah dan didikan Islam, ketika kita
tersedar yang mereka yang sudah jauh ketinggalan di belakang, apakah ada
jalan pulang? Apakah ada satu lagi peluang? Jawapannya TIADA.


Jika ada lelaki atau wanita yang berjaya di dalam kerjaya, jangan lupa
kepada pengorbanan anak-anak selama ini. Jangan lupa dosa kita terhadap
mereka.


Saya hairan semasa membaca sabda Nabi SAW betapa tanda Kiamat itu adalah
pada ibu yang melahirkan tuannya. Anak durhaka jadi kebiasaan. Mengapa
suasana begitu boleh terjadi?


Akhirnya saya membuat kesimpulan, anak durhaka di akhir zaman, bermula
dengan dosa ibu dan bapa yang sibuk bekerja. What you give, you get back!


Maafkan Abi Dan Umi...